senarai aktiviti
Aktiviti di Kem Lambaian Danau adalah bertemakan nature (alam semula jadi). Terdapat lebih daripada 2o aktiviti di Kem Lambaian Danau. Peserta akan melaksanakan aktiviti berdasarkan modul kem yang mereka sertai. Untuk maklumat lanjut bagi setiap aktiviti, sila hubungi kami di 019-3682498 bagi mendapatkan keterangan yang diperlukan.
WATER CONFIDENCE
Sebelum memulakan sebarang aktiviti air, setiap peserta akan diberikan tunjuk ajar untuk memberanikan diri mereka didalam air menggunakan life jacket (buoyancy aid vest). Ini supaya peserta tidak akan cemas ataupun panik bagi sebarang aktiviti air yang akan dijalankan seterusnya.
OTOS (ONE TEAM ONE SPIRIT)
Aktiviti OTOS menggalakkkan semangat kerjasama antara kumpulan untuk menang. Peserta akan diberikan tiub seorang satu untuk membuat rangkaian manusia bersama ahli kumpulan mereka dan kemudiannya mengelilingi tasik serta melaksanakan tugas yang diberikan.
DANAU RACE
Peserta akan berlari luar dari kawasan kem mengikut clue yang diberikan oleh fasilitator. Di setiap checkpoint, terdapat aktiviti khas yang perlu mereka laksanakan. Peserta akan diuji dari pelbagai aspek seperti emosi, fizikal, mental, semangat kerjasama kumpulan, dan lain-lain lagi. Setelah checkpoint dilaksanakan, mereka akan diberikan clue untuk ke lokasi selanjutnya.
RAKIT (RAFTING)
Peserta akan diajar membina asas rakit dari A to Z. Mengguna buluh dan tali, fasilitator akan mengajar peserta untuk membina rakit mereka sendiri. Kemudian, mereka akan berlumba mengelilingi tasik menggunakan rakit yang mereka telah bina. Aktiviti rakit sangat menekankan konsep kerjasama dalam kumpulan disamping melihat keindahahan alam.
WARGAME
Peserta akan dibawa ke kawasan hutan paya bakau dan akan berperang bersama kumpulan lawan menggunakan telur dan lumpur. Aktiviti ini menekankan konsep strategi dalam menjayakan misi mereka.
RUNNING KLD
Aktiviti ala-ala Running Man. Peserta dikehendaki mencari fasilitator yang tersembunyi di sekitar kem. Setelah itu, mereka dikehendaki menyelesaikan cabaran di tempat tersebut. Bagi setiap cabaran yang selesai dilaksanakan, mereka akan mendapat clue kecil yang akan digabungkan bersama-sama clue lain bagi menyelesaikan cabaran sebenar aktiviti.
LAIN - LAIN
Terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dilaksanakan di Kem Lambaian Danau. Senarai aktiviti tidak terhad kepada yang terdapat website ini sahaja. Pihak kem juga boleh melaksanakan aktiviti lain seperti Hari Sukaneka, Blind Walk, Klinik Kayak, Layang-layang dan lain-lain lagi berdasarkan permintaan anda.