press to zoom

press to zoom

press to zoom

press to zoom
1/3

KEM LAMBAIAN DANAU

Jasin, Melaka

Semoga Anda Menjadi Insan Baru, Yang Tabah Mindanya,

Hebat Fizikalnya dan Mulia Pekertinya

Selamat Datang!

Kem Lambaian Danau terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Tapak perkhemahan kami dikelilingi oleh 106 ekar Tasik Semula Jadi dan mempunyai pelbagai fasiliti untuk menjalankan aktiviti camping seperti dewan, tandas, tapak khemah, chalet dan free wifi (urusetia).

 

Suasana di KLD sejuk, hijau dan berudara segar. Terdapat aktiviti air seperti berakit, berkayak, free fall (terjunan 3 meter ke dalam tasik), memancing dan banyak lagi. Selain itu, disebelah kem juga terdapat kawasan mini canyon iaitu kawasan peninggalan lombong bijih timah berlatarbelakangkan Gunung Ledang dan peserta kebiasannya akan dibawa ke tempat ini untuk mengambil gambar dan membuat aktiviti ringan sebagai kenangan.

Pihak kami menyediakan pelbagai jenis kem untuk pelbagai jenis organisasi. Ada kemudahan meletak bas sehingga 15 buah bas dalam kawasan KLD. Kem Lambaian Danau telah beroperasi sejak tahun 1999 dan boleh memuatkan sehingga 800 orang pada satu masa.

BEEN THERE, DONE THAT!

 Di Kem Lambaian Danau, modul kami berteraskan kekeluargaan. Peserta dan jurulatih ibarat sebuah keluarga. Walaupun sesuatu cabaran itu mungkin sukar, namun dengan bantuan rakan-rakan dan 'keluarga' kem, peserta akan menyedari potensi diri mereka lebih hebat dari apa yang mereka sangkakan. 

TENTANG KAMI

Kami mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam menganjurkan pelbagai jenis kem untuk Badan Organisasi / Universiti  / Sekolah Menengah / Sekolah Rendah / dll mengikut keperluan anda. 

INSTAGRAM  @KEMLAMBAIANDANAU